IPOH: Insiden sebuah kereta tersangkut pada jambatan motosikal membawa kepada penahanan pemandu kereta berkenaan bersama satu plastik mengandungi dadah di Kuala Kurau, kira-kira 107 kilometer, dari sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
"Anggota ronda Balai Polis Kuala Kurau diarahkan ke tempat kejadian dan mendapati kenderaan tersebut tersangkut di hujung jambatan kerana hanya boleh digunakan motosikal dan mendapati pemandu sedang menjerit-jerit kepada orang awam.
"Pihak polis kemudian cuba menenangkan keadaan dan mendapatkan maklumat diri pemandu kereta namun beliau enggan bekerjasama dan berlaku pergelutan dalam usaha polis melaksanakan tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut menemukan satu paket plastik mengandungi dadah pada lelaki yang bekerja sendiri itu.
Katanya pemandu itu ke Balai Polis Batu Kurau sebelum dirujuk ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Menurutnya kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau bilik gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222 untuk membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Juna berkata hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut menemukan satu paket plastik mengandungi dadah pada lelaki yang bekerja sendiri itu. - Gambar Polis Daerah Kerian
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu
Sepasang suami isteri yang hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh susu dengan cecair syabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling, pada Rabu.
'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.
Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta.
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
Polis rampas dadah bernilai RM398,600 di Tanah Merah
Polis merampas 36,200 biji pil yaba dan 183 gram syabu bernilai RM398,600, dalam dua serbuan berasingan sempena Ops Tapis di sini, semalam.
Lelaki positif dadah ditahan selepas memandu secara berbahaya
Polis menahan seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya kerana hendak melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 66 individu termasuk 17 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi khas pusat hiburan di daerah Timur Laut dan SPT bermula semalam hingga awal hari ini.
Individu tidak sihat disaran tangguh perjalanan balik kampung - Pakar Kesihatan
Individu yang tidak sihat terutama pesakit COVID-19 dan ingin pulang beraya ke kampung dinasihatkan untuk menangguhkan dulu perjalanan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan.
China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.